Kelas STEM Eksperimen Slime

9 Julai 2023 | Aktiviti Terkini

8 Julai 2023 – Kelas STEM Eksperimen Slime telah diadakan pada jam 2 petang hingga 3 petang dan dihadiri oleh 2 orang peserta yang berumur 6 dan 7 tahun.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengajar peserta mengenai Sains di dalam pembuatan slime melalui tindak balas bahan-bahan yang di gunakan.

Antara kelebihan dalam melakukan aktiviti ini ialah:-
• Mengajak peserta meneroka bidang sains.
• Menenangkan perasaan – Slime boleh dijadikan mainan untuk menghilangkan stress kerana sifatnya yang lembut dan kenyal dan boleh berubah bentuk.
• Mengalihkan perhatian daripada terlampau bergantung kepada permainan smartfon.
• Melatih kreativiti anak-anak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali